Friday, 15 June 2012
Kajian Tempatan Tahun 5
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Keistimewaan Alam Sekitar
Hargailah!!!!!!!!
Jenis-jenis Binatang
Sains Tahun 6
Bagaimanakah kejadian Gerhana Bulan
1. Apabila Bumi berputar dan berada di kedudukan antara Matahari dan Bulan, serta
berada dalam satu garisan lurus, bayang bumi akan menutup bulan, menyebabkan bulan
tidak akan mendapat sinaran matahari.
2. Gerhana Bulan hanya akan berlaku pada fasa bulan penuh dan hanya jika Bulan
melintasi sebahagian atau seluruh bayang Bumi.
Bayang Bumi
Dua jenis bayang bumi:
1. Penumbra(bayang yang di luar)
►zon di mana Bumi melindungi sebahagian sahaja sinaran matahari daripada
sampai ke Bulan.
2. Umbra (bahagian dalam)
►kawasan di mana Bumi melindungi semua sinaran terus Matahari daripada sampai
ke Bulan.
Jenis-jenis Gerhana Bulan
1. Gerhana Bulan Penumbra
♥ Bulan melintasi penumbra Bumi.
♥ Kejadian ini hanya dikaji untuk tujuan akademik kerana ianya agar sukar
dilihat.
2. Gerhana Bulan Separa
♥ Sebahagian sahaja Bulan melintasi umbra Bumi.
♥ Kejadian ini mudah dilihat walaupun dengan mata kasar.
3. Gerhana Bulan Penuh(Total)
♥ Seluruh bahagian Bulan melintasi umbra Bumi.
♥ Kejadian yang menarik kerana Bulan dilihat dengan warna yang berbeza
semasa totaliti.
Subscribe to:
Posts (Atom)