Friday 15 June 2012

Sains Tahun 6

Bagaimanakah kejadian Gerhana Bulan
1. Apabila Bumi berputar dan berada di kedudukan antara Matahari dan Bulan, serta berada dalam satu garisan lurus, bayang bumi akan menutup bulan, menyebabkan bulan tidak akan mendapat sinaran matahari.
2. Gerhana Bulan hanya akan berlaku pada fasa bulan penuh dan hanya jika Bulan melintasi sebahagian atau seluruh bayang Bumi.
Bayang Bumi
Dua jenis bayang bumi:
1. Penumbra(bayang yang di luar)
►zon di mana Bumi melindungi sebahagian sahaja sinaran matahari daripada sampai ke Bulan.
2. Umbra (bahagian dalam)
►kawasan di mana Bumi melindungi semua sinaran terus Matahari daripada sampai ke Bulan.
Jenis-jenis Gerhana Bulan
1. Gerhana Bulan Penumbra
♥ Bulan melintasi penumbra Bumi.
♥ Kejadian ini hanya dikaji untuk tujuan akademik kerana ianya agar sukar dilihat.
2. Gerhana Bulan Separa
♥ Sebahagian sahaja Bulan melintasi umbra Bumi.
♥ Kejadian ini mudah dilihat walaupun dengan mata kasar.
3. Gerhana Bulan Penuh(Total)
♥ Seluruh bahagian Bulan melintasi umbra Bumi.
♥ Kejadian yang menarik kerana Bulan dilihat dengan warna yang berbeza semasa totaliti.

No comments:

Post a Comment